
frah.wahida2703
5 tahun
Perut keras dibahagian kiri dan terasa senak
Saya wanita berumur 20an dan telah membuat thyroidectomy kerana kanser tiroid. Kebelakangan ini saya terasa ketidakselesaan perut dibahagian kiri dan terasa senak. Bila ditekan terasa sedikit keras dan seolah ada angin. Apakah masalah ini biasa atau saya perlu melakukan checkup dengan kadar segera. Saya juga terasa ingin membuang angin tp tidak lawas.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit (dengan kembung perut)
- Kesumbatan usus
- Masalah pada usus di sebelah kiri
- Pembesaran limpa
- Sebaran sel-sel kanser ke pankreas atau usus (Sangat jarang)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.