
nurulshafira169
5 tahun
Perut membesar dan keras
perut saya menjadi keras dan membuncit seperti orng mengandung … saya nak tahu cara mengatasi ataupun mencegahnya ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah organ yang membesar
- usus tersumbat
- masalah usus tidak selesa (irritable bowel syndrome)
Rawatan adalah berdasarkan punca masalah anda. Pencegahan hanya boleh dilakukan sebelum masalah ini berlaku. Memandangkan anda telah mengalami masalah ini, anda harus mendapat rawatan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.