
Sulit
4 tahun
Perut membuncit secara tiba2 dan rasa ada ketulan
Hai doc…saya nak tnya kenapa lately sy perasan perut sy membuncit dan sering rasa tidak puas apabila bernafas kemudian bila sy tekan pd perut sebelah kiri terasa seperti ada ketulan keras tetapi saiz yg tidak terlalu bsr dan bila sy tekan perut sebelah kanan memang mengeras dan sakit… utk pengetahuan doctor sy pernah menjalani pembedahan appendix pd tahun 2017 … adakah msalah ini berkait dengan usus ataupun masalah wanita? Mohon pencerahan… terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah perut membuncit dan seperti ada ketulan keras. Namun begitu, sukar untuk kami menjelaskan dengan lanjut kerana bergantung kepada pemeriksaan dan juga bentuk, perut buncit boleh diakibatkan daripada masalah kesihatan atau bentuk normal sahaja. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- Alahan pada sesetengah makanan
- Ketumbuhan pada organ dalam perut/ reproduktif wanita.
- sindrom cushing
Jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, tiada selera makan, kurang berat badan, anda perlu segera ke hospital.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.