Anonymous
6 tahun
Perut memulas dan rasa mual
Saya wanita 20an saya nak tanya kenapa perut saya memulas dan rasa mual.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan tanpa keterangan yang lebih jelas. Namun begitu, antara perkara yang boleh menyebabkan gejala anda ialah:
- Kembung perut
- Keracunan makanan
- Jangkitan bakteria atau virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























