
shahirinshahidan
5 tahun
Perut memulas macam senggugut
Saya wanita dalam 20’ an. Sebulan lepas saya mengalami gastrik teruk dan telah mengambil rawatan di klinik terdekat tapi dalam beberapa minggu ini perut saya kembali sakit dan memulas sehinggakan rasa kekejangan pada perut sehinggakan tidak mampu untuk melakukan apa² tapi saya ingatkan ianya hanya sakit perut untuk datang period dan saya terus mengambil panadol menstrual untuk tahan sakit dan ia berhasil tapi ia tetap sakit pada keesokan harinya. Apakah nasihat doktor bagi masalah kesihatan saya ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah perut memulas dapat terjadi akibat beberapa perkara, seperti:
- gastritis
- penyakit keradangan pelvis
- akibat pengambilan suntikan perancang
Terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.