
Sulit
5 tahun
Perut mengeras dan membesar
salam sejahtera. sy ingin bertanya perut sy terasa mengeras dan terasa sedikit membesar dan berdenyut di sebelah kiri. tak lawas buang air besar dan kerap kali ingin buang air kecil. adakah normal utk sy. tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah usus berbelit atau tersumbat
- Masalah salur darah membengkak (Abdominal aorta aneurysm)
- Masalah usus meradang (Irritable bowel syndrome)
- Masalah cyst ovari
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut denga segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.