
Sulit
5 tahun
Perut pedih dibahagian kiri
Saya wanita dlm lingkungan 30an, masalah saya perut sy pedih di bahagaian kiri tetapi bukan kerap sesekali sahaja. Sebelum ni saya sudah amal kan ubat lektive becolax selama beberapa tahun kerana sy susah nak membuang air besar, jikalau tidak mengambil lektive tu saya tidak dapat membuang air besar. Dan sy mempunyai anak 2 org dilahirkan czer.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Sembelit
- Jangkitan dalam usus seperti oleh bakteria salmonella, demam kepialu
- Radang apendiks
- Kehamilan luar rahim
- Endometriosis - apabila sel lapisan lrahim tumbuh di tempat lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.