
eiraarischong
5 tahun
Perut rasa lain macam
Perut saya rasa lain macam sejak saya food poisoning dan gastrik yang sangat teruk 2 hari lepas. Sejak dari tu perut saya sakit selepas makan, rasa banyak angin dan asyik buang angin. Normal ke macam ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Alahan pada makanan/sensitif (Lactose Intolerance)
- Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
Masalah yang anda hadapi boleh berkaitan keracunan makanan dan gastrik anda atau masalah yang berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.