
Sulit
4 tahun
Perut rasa tidak selesa dan selalu keluar bendalir putih dari dubur
Asalamualaikum saya lelaki umur 18 tahun sebenarnya saya mahu ceritakan masalah saya begini sejak 2017 saya mengalami suatu keadaan di mana perut saya rasa tidak selesa dan bila rasa nak buang air najis keluar sedikit sahaja tapi keluar bendalir putih di dubur rasa tak selesa tapi tak sakit nak kata buasir memang ada ketulan sikit kat dubur sejak awal tahun ini dan najis berwarna coklat terlalu pekat …berat badan juga turun mendadak sejak awal 2018… Lgi satu baru baru ini saya diserang anxiety kerana takut penyakit ini melibatkan kanser usus mohon jawapannya saya terlampau runsing terima kasih sangat sangat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah perut tidak selesa serta pengeluaran najis yang aneh yang melibatkan pengeluaran lendiran putih di dubur serta disampingi oleh ketulan yan terdapat pada kawasan dubur. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi mungkin boleh dijelaskan oleh beberapa perkara iaitu:
- Gejala buasir yang berlaku yang disampingi dengan jangkitan kuman pada kawasan tersebut.
- Ketumbuhan kantung cecair (Abscess) pada kawasan rektum atau dubur yang disebabkan oleh jangkitan kuman
- Penyakit keradangan usus seperti penyakit Crohn’s disease ataupun Ulcerative Colitis.
- Gejala fisur anal yang disampingi dengan jangkitan kuman ataupun disebabkan oleh masalah buasir
- Gejala fistula anal, iaitu satu perhubungan yang terhasil antara usus atau dubur, dengan lubang pada bahagian kulit kawasan luar dubur. Ini memberi risiko terhadap jangkitan.
Penyakit kanser usus pula akan menyebabkan gejala sembelit dan kekerasan yang boleh dirasai pada kawasan perut bawah (ketumbuhan kanser tersebut). Oleh itu, masalah anda mungkin tidak berkait dengan gejala kanser. Namun, penyakit-penyakit yang disenaraikan di atas seperti penyakit keradangan usus merupakan salah satu risiko bagi ketumbuhan kanser pada usus anda.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera bagi mendapatkan punca masalah yang lebih tepat bagi memperoleh rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.