asyafaffan96
6 tahun
Perut sakit dibelah kiri dan kencing berdarah
Saya remaja dalam lingkungan 20 an telah mengalami penyakit kencing berdarah sudah 1 bulan lebih tapi pada awalnya cuma sedikit. Tapi setelah lama saya membiarnya kadang kala kencing saya menjadi hitam seperti kotor dan dalam dua tiga hari ni perut saya mula sakit dibahagian kiri. Saya jadi takut nak makan apa apa. Apa saranan doktor dan apa makanan yang patut saya makan untuk mengelokkan kembali. Adakah saya mengalami penyakit buah pinggang?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah kencing berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang dalam saluran kencing
- Jangkitan salurang kencing (UTI)
- Penyakit kelamin
- Kanser pundi kencing
- Prosedur saluran kencing seperti ‘catheterization’, proses berkhatan dan biopsi buah pinggang.
Sakit perut pula berkemungkinan besar disebabkan oleh punca yang sama mengakibatkan kencing berdarah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































