
Sulit
5 tahun
Perut seakan blurp blurp
Sejak beberapa hari lepas perut saya seakan keras dan kembung. Tetapi sejak semalam perut saya seakan ada degupan. Hari ini seperti “blurp blurp”. Mengapa ya? Mohon Pencerahan. Untuk pengetahun, mengikut apps period track saya, period saya akan bermula lagi 7 hari. Malah semalam seperti ada keputihan kental di dinding miss v saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bunyi perut boleh terjadi akibat proses peristalsis yaitu pergerakan normal isi perut. Akan tetapi, perut keras dan kembung boleh terjadi akibat beberapa perkara seperti:
- gastritis kronik
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
- appendisitis kronik
- penyakit keradangan pelvik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.