
Anonymous
5 tahun
Perut seakan sakit2 dan air kencing berwarna seakan darah
Assalamualaikum…Sy wanita berusia 20an dan mengambil suntikan perancang beberapa hari yang lalu…Kemudian,sy mndapati perut sy sakit2 seakan mcm gastrik yg skjap rasa sakitnya dan skejap ia hilang…sy sudah mlaporkan kpd salah satu staf nurse di kawasan akn hal ini & dia berkata jika ia berlarutan dia mnyuruh sy hadir ke klinik tambahan pula,warna air kencing sy seakan darah yg berwarna merah tetapi tidak sakit…Adakah ini semua kesan sy mngambil suntikan perancang??? Minta penjelasan dr doktor…Terima Kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda air kencing berdarah. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.