
Sulit
3 tahun
Perut sebelah kanan besar ckit dari kiri
Saya lelaki berusia 27 tahun . Saya mengalami perut kanan besar ckit atau pun naik sikit dari biasa. Apa sebab perut jadi macam tu ?? Atau mungkin sebab buncit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah pada sistem pencernaan anda, bengkak perut pada bahagian kanan . Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala bengkak perut pada bahagian kanan boleh disebabkan oleh beberapa punca, contohnya:
- Angin pasang
- Pembesaran organ seperti hati dan buah pinggang kanan
- Penyumbatan usus
- Keradangan usus
- Ketumbuhan usus
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah pada sistem pencernaan serta gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor Pakar Gastroenterologi