
Sulit
4 tahun
Perut selalu senak sebelah kanan
Hai doktor. Say berumur 22 tahun. Saya ingin bagitahu masalah saya. Saya selalu kalau lepas makan saya akan rasa senak perut selepas makanan. Sebelah kanan. Kadangkala bila nak berjalan dan berdiri saya tak boleh berdiri sebab senak Nanti lama lama dia akan rasa perihhh sampai pinggang belakang. Kenapa ya dontor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih