
Sulit
5 tahun
Perut sengkak selepas minum air
Doc, adakah sakit keracunan air kerana terlebih mengkonsumsi air? Ini kerana, setiap kali Saya cuba minum air dalam jumlah yang banyak, perut saya akan tersa ketat, tidak selesa, rasa ingin muntah dan dada berdebar. Adakah saya terlebih minum air dari yang diperlukan oleh tubuh saya? Mohon penjelasan.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, antara perkara yang boleh dialami jika seseorang minum air terlalu banyak termasuklah ketidakselesaan perut, muntah air, sendawa sehingga muntah dan kerap kencing. Jumlah air yang boleh diminum pada suatu masa bergantung kepada saiz perut individu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.