
Sulit
4 tahun
Perut sentiasa rasa kembung dan tidak selesa
Suami saya berumur 54 tahun. Beliau jenis yang sgt takut dengan jarum dan doktor. Bolehkah darah diambil dan kamera dimasukan dalam perut dalam keadaan “ditidurkan”. Suami saya mempunyai masalah perut yang sentiasa kembung dan berangin serta tidak selesa. Beliau tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang suami anda hadapi serta mendapatkan rawatan yang sesuai, dinasihatkan untuk rujuk kepada doktor atau boleh klik pada link ini ( DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih