nfm.iyza01
2 tahun
Perut sentiasa rasa sakit & kembung/buncit selepas stiap kali makan
Sya brusia 45thn, lelaki dan baru dpt tau sya mngalami masalah liver bacaan 150 ke ats dan sedang dlm sesi temujanji doktor. saya sering mengalami masalah sakit perut selepas makan. perut rsa tak selesa, angin berlarutan 2-3 hari tetapi bukan rasa nak buang air besar. selepas buang air besar juga masih sama. adakah masalah hati bole juga menyebabkan perut/usus turut terjejas? mohon penjelasan. tksh.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang masalah perut yang dialami serta ingin mengetahui sekiranya ia dapat berhubungkait dengan gangguan organ hati. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gangguan atau kerosakan pada organ hati (i.e. hepatomegaly, hepatoma) boleh mengakibatkan pelbagai perkara seperti
- penyakit kuning atau jaundice
- sakit otot
- keletihan dan loya
- muntah.
- sakit perut
- kembung perut (distended abdomen)
- kurang selera makan.
Namun begitu, gejala sakit dan kembung perut juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Irritable Bowel Syndrome
- Inflammatory Bowel Disease
- Abses intra-abdomen
- Ketumbuhan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.