
Sulit
3 tahun
Perut seperti memulas tetapi tidak buang air besar kemudian keluar darah beku
Saya wanita berumur 29thn …sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan …pada 25hb august adalah tarikh yang sepatutnya saya period tetapi saya tidak period dan pada tarikh itu juga saya telah disuntik vaksin pfizer 2nd dose …sepanjang tidak period saya membuat pemeriksaan upt dan mendapati hasil nya negative …pada 10hb october saya mendapati ada keluar darah sedikit demi sedikit dan ada darah beku yang berketul kecil …ada juga keluar darah beku ketul kecil yang diatasnya ada bersama ketulan kecil seperti gumpalan urat benang …pada 14hb october darah yang keluar semakin banyak dan kerap menukar tuala wanita …saya ke klinik dan mendapati dinding rahim saya masih tebal dengan darah dan apabila mengurut …bidan mendapati yg perut saya keras …dan setiap kali perut saya terasa seperti memulas setelah hilang rasa itu pergi ke tandas pasti keluar darah beku …sekarang sudah 19 hari masih ada darah yang keluar lagi …adakah saya keguguran atau gangguan hormon atau ada masalah lain ??mohon dibantu ya …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- Peningkatan ketidakstabilan hormon
- Masalah gaya hidup
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - Penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, sindrom ovari polisistik PCOS
- Gangguan hormon yang lain
Anda boleh menghubungi doktor atau doktor pakar sakit puan kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.