
Sulit
4 tahun
Perut tak selera. adakah dia hamil?
kawan sy mengalami segugut 1-3 hari pertama apabila datang haid. kurang selera makan dan perut tidak selesa. selepas tamat haid pada 28.03.2021, dia menjalani hubungan sex dengan pasangan pada 30.03.2021. dia mmberitahu pasangannya melepaskan air mani diluar dan bukannya didalam. tetapi smpai ke hari ini 01.04.2021 dia masih merasa perutnya tidak selesa, perut masuk angin, rasa nak muntah dan kurang selera makan. adakah dia hamil? adakah secepat itu ia bertindak balas? atau dia sudah hamil sebelum datangnya haid? bolehkah seseorang hamil tetapi datang haid? boleh doktor bg penjelasan?? sy buntu dan tidak tahu untk dapatkan nasihat dari siapa. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh kawan anda. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kawan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang apendiks (apendicitis)
- Pancreatitis
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dialami. Sukar untuk kami katakan apakah masalah yang dialami oleh kawan anda berikutan maklumat lanjut perlu diperolehi dan pemeriksaan perlu dilakukan. Kami sarankan beliau untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Kami juga sarankan beliau untuk melakukan ujian kehamilan terlebih dahulu. Sekiranya positif, sila rujuk kepada doktor di klinik berhampiran untuk membuat pengesahan kehamilan dan pemeriksaan lanjut. Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Beliau juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukannyadan doktor pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.