
Sulit
3 tahun
Perut tak selesa.. Bahagian atas perut sakit dan menular/tembus ke bahagian belakang badan
Doktor… Kebelakangan ini, perut sya rasa tal selesa. Bahagian atas abdomen seperti ditekan tekan. Dada terasa seperti di cucuk cucuk… Di ikuti dengan rasa sakit yg menular atau tembus ke bahagian belakang badan. Apa masalah ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
salam sejahtera,
terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan soalan anda, saya memaham bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- GERD
- Peptic ulser
- Gastritis
- Dispepsia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.