
Sulit
3 tahun
Perut terasa bengkak
Saya wanita 20’an ada masalah bila selepas makan mesti perut saya rasa macam bengkak belah kiri dikawasan perut saya risau sebab selalu lepas makan je jadi macam tuh.Plus saya memang ade gastrik boleh jelaskan tak kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak di perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- lipoma yaitu ketulan lemak
- penyakit keradangan pelvik
- limfadenitis
- sembelit
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan keadaan sebenar bengkak di perut anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.