
Sulit
3 tahun
Perut terasa kembung dan kerap kali sedawa
Salam sejahtera doktor, ingin sy bertanya, perut saya dibahagian kiri atas ari2 sentiasa sakit dan keras, perut saya membesar tak seperti perut saya sebelum ini, untuk pengetahuan doktor saya sudah berkahwin hampir setahun dan tidak mempunyai cahaya mata . ubat yg saya ambil ialah folid acid sahaja.saya kerap sendawa, berasa lesu dan sakit dibahagian belakang badan .harap doktor dapat menjawab persoalan yg membelenggu pemikiran saya, saya buntu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.