
Sulit
4 tahun
Perut terasa panas dan kurang selesa selepas makan makanan pedas
Saya lelaki berumur 26 tahun, dan dalam pengawalan ubat hyperthyroid dan kolestrol. Baru- baru perut saya terasa panas dan kurang selesa selepas makan makanan pedas, apa yang saya boleh lakukan? Bolehkah saya consume gaviscon untuk meredakan panas tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, mempunyai perut yang kurang selesa selepas makan makanan yang pedas adalah normal. Anda boleh atasinya dengan melakukan langkah-langkah berikut:
- Minum air untuk melegakan kesakitan
- Minum susu
- Mengambil madu atau apa-apa benda manis
Ini hanyalah cara mengatasi kepedasan yang biasanya dilakukan. Sekiranya sakit perut anda berlarutan walaupun telah melakukan cara-cara yang disebutkan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya masalah anda dapat diatasi.
Alternatif lain anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.