
Sulit
3 tahun
Perut tidak selesa selepas makan
Saya wanita 20an,sejak tahun lepas saya mengalami gastrik,saya kerap rasa perut berbunyi selepas satu atau dua jam makan, bunyinya seperti angin or air melintas di dalam perut,saya akan rasa mual seperti tekak ada benda tersangkut seperti hendak muntah tapi tak da pun muntah, mulut akan berasa pahit dan rasa pelik pelik,apabila simptom ni berlaku saya akan berasa panik teringin makan gula batu,sejak sebegini saya tak berani keluar rumah kerana takut termuntah,ia amat menganggu rutin harian saya,saya kerap stress,saya telah jumpa pakar gastrik melakukan medical check up tapi semuanya ok saya juga telah scan bahagian perut pun tidak apa apa masalah,adakah aya stress anxiety menyebabkan saya kerap perut tidak selesa?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik)
- Penyakit ulser perut
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, jangkitan dalam hempedu, batu karang
- Masalah organ pankreas - menyebabkan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
- Penyakit jantung - sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau sejarah kekeluargaan
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.