
Sulit
3 tahun
Perut tidak selesa sukar sendawa dan badan lesu
Sy lelaki berumur 26 sy sering mengalami selepas makan asid perut naik dikerongkong serta sukar sendawa… Kdg2 perut rasa tidak selesa, kepala rasa melayang dan badan lesu berangin adakah itu gejala gastrik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit gastrik
- Penyakit ulser peptik
- Jangkitan
- Penyakit pada esofagus
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.