
Sulit
4 tahun
Perut tidak selesa, sukar tidur malam
Doktor, saya berumur 16 tahun badan saya lemah 2 - 4 hari ni, saya tidak berapa stress, tp perut tidak slesa, pergi klinik doktor cakap bnyk angin atau gastrik, dan bg ubat angin, bleh doktor kenal pasti

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda, seperti:
- Gastritis
- Ulser perut
- Radang pankreas (Pancreatitis)
- Radang apendiks (Appendicitis)
- Jangkitan atau radang usus
- Keracunan makanan
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat mengenal pasti masalah sebenar memandangkan ia memerlukan pemeriksaan lanjut secara fizikal dan klinikal oleh doktor. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan semula.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Muntah-muntah dan loya
- Demam
- Cirit-birit
- Terdapat darah di dalam najis
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan pencerahan daripada doktor kami. Terima kasih.