
wanson91
4 tahun
Pesakit Bone Tuberculosis & Darah Tinggi boleh minum Suppliment Brands
Hi, ibu sa pesakit Tulang Tuberculosis dan ada darah tinggi, sa nak tanya boleh minum atau tidak jenama brands(Lutien Essence)
Kandungan adalah:
Blackcurrant extract, Lutein, Zeaxanthin, Vitamin E.
Kebaikkan yang dinyatakan adalah
BRAND’S® is a natural blue light filter, protect eyes from the harmful blue light emited from digital screens effectively with 10mg Lutein and 2mg Zeaxanthin, thus reduce dry eyes and blurry vision.
Persoalannya adakah ia menjejaskan ibu saya? Adakah beliau boleh minum?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, makanan tambahan tidak seperti ubat yang diberikan oleh hospital kerana mereka tidak melakukan kajian yang mendalam mengenai produk tersebut. Maka kita tidak tahu kesan makanan tambahan ini kepada ibu anda. Tambahan lagi, kami tidak mempunyai maklumat yang penuh mengenai tahap kesihatan ibu anda.
Sekiranya anda berniat untuk mengambil makanan tambahan tersebut, saya sarankan untuk anda berbincang dengan doktor. maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.