
Sulit
3 tahun
Pesakit covid 19..bantu saya
Saya berumur 27 tahun… Saya disahkan positif covid 30/8 sy ptg gelang 8/9…dan sekarang saya dirumah tapi masih rasa kekadang jantung laju kadang ok… Tapi tak selalu la… Normal ke doctor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, jangkitan Covid-19 pada kategori 1 atau 2 sering akan hilang setelah 10-14 hari. Namun, kategori 3 dan ke atas akan memerlukan rawatan di hospital. Jantung berdegup laju juga boleh menjadi salah satu simptom Covid-19.
Kebiasaannya, jantung laju boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Kekurangan oksigen
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Anaemia
- Anxiety
Berikut merupakan senarai umum mengenai degupan jantung laju bagi pesakit yang mempunyai sejarah Covid-19. Nasihat rawatan tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal yang sepatutnya.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini