Sulit
4 tahun
Pesakit Covid-19 yang menghadapi sakit jantung
Bagaimana jika lelaki berumur 50an menghadapi sakit jantung dan kemudiannya disahkan positif Covid-19? Doktor mengesahkan yang pesakit sudah berada di tingkat ke 38 dari 40, bermaksud pesakit itu menuju ke arah kesembuhan. Apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada pesakit? Dan apa larangan dan perkara yang wajib dilakukan penjaga untuk menjaga pesakit yang menghadapi sakit jantung itu apabila pulang ke rumah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda dalam 85% pesakit Covid-19 Malaysia sembuh daripada jangkitan. Namun, terdapat kes di mana mereka mengalami sindrom long-covid.
Langkah yang boleh diambil setelah sembuh sepenuhnya adalah:
- Bersenam dengan kerap
- Makan makanan sihat dan seimbang
- Mendapatkan semula tahap kecerdasan akal
- Perlahan-lahan menjalani rutin harian
- Berhati-hati dengan simptom merbahaya seperti sesak nafas, penat serta lelah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya sentiasa merujuk kepada doktor untuk temujanji susulan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































