
Sulit
4 tahun
Pesakit covid 19 yang pernah positive akan kekal positive dalam masa beberapa bulan?
Saya 24 tahun, penang. Saya positive dari tempat kerja saya selepas buat swab test pada hujung bulan 11. Ditempat kerja saya sekarang masih ramai yg positive smpai sekarang. Tapi kami tetap kena bkerja. Betul ka org yg pernah positive akan tetap positive? Sebab selepas saya discharge saya tkda buat rapid test ataupun apa2. Saya risau sebab saya tinggal dgn family. Saya perlukan penjelasan dari doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kemungkinan untuk kembali negatif akan mengambil masa beberapa minggu selepas telah menjadi positif COVID-19 dan ia berbeza untuk setiap individu. Namun begitu, anda perlu ketahui bahawa, waktu virus ini untuk menjangkiti orang lain adalah dalam waktu 8 hari. Oleh itu, penting untuk mengamalkan kuarantin setelah mendapat keputusan positif.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini