
Sulit
5 tahun
Pesakit COVID 19 yang pulih
Bagaimanakah pesakit yang dijangkiti COVID 19 boleh pulih?
Semasa pesakit berada di bawah penjagaan hospital, adakah pesakit diberi sebarang ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Bagi pesakit yang dirawat di hospital, rawatan bergantung kepada keadaan seseorang individu tersebut. Setakat ini, kaedah rawatan boleh diketegorikan kepada rawatan supportive dimana rawatan diberikan untuk mengurangkan gejala yang dialami ileh pesakit. Ini termasuklah, bantuan oxygen, paracetamol dan sebagainya. Selain itu ubat untuk mengawal virus ini juga akan diberikan sekiranya keadaan pesakit semakin parah.
Berikut hanyalah penerangan am bagi soalan yang diajukan. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.