
Sulit
3 tahun
Pesakit covid positif
Sy ingin betanya.Adakah akan dijangkiti semula lsp kuarantin.Adakah sesorg boleh dijangkiti semula dlm tempoh kuaranti.sy disahkan positif pd 29.8.21 dan isteri disahkan positif pd 1.9.21.dikuaranti dirumah.Sy yg akan tamat tempoh kuarantin dulu dan baru slps itu isteri.Adakah sy boleh dijangkiti lg slps tamat tempoh kuarantin sy.kerana masih tggal sekali dgn isteri.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, bekas pesakit Covid-19 mempunyai imuniti terhadap virus Covid-19. Kajian menunjukkan bahawa imuniti ini akan kekal dalam badan selama 3-6 bulan. Sepanjang tempoh ini, kemungkinan untuk dijangkiti oleh virus tersebut adalah sangat rendah. Oleh itu, anda tidak perlu risau dijangkiti virus ini melalui isteri anda. Sebaiknya isteri anda mengasingkan diri dan kuarantin dalam bilik. Anda juga harus membersihkan segala permukaan dan pakaian atau cadar yang digunakan sepanjang kuarantin dan mengudarakan bilik sebelum menggunakannya semula. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini