
Sulit
4 tahun
Pesakit Covid setelah tamat kuarantin
Isteri saya positif covid dan akan selesai tempoh kuarantin 10 hari & telah pulih dari simptom-simptom covid. Saya & anak disahkan negatif setelah 2 kali menjalani swab test.
Adakah masih berisiko berlaku jangkitan kepada saya jika kami tidur di bilik yang sama & keadaan bilik mempunyai aircond? Terutamanya jika isteri saya terbersin/terbatuk diwaktu kami sedang tidur.
Adakah berisiko jangkitan melalui air liur andai melakukan hubungan suami isteri setelah 10-14 hari isteri menjalani kuarantin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda. Untuk pengetahuan anda, satu kajian menyatakan bekas pesakit COVID-19 mempunyai risiko rendah untuk mengjangkiti individu lain kerana mereka masih membawa virus tersebut di dalam hidung dan tekak mereka untuk 16 sehingga 28 hari. Tetapi perkara ini boleh dielakkan dengan mempraktikkan kebersihan diri.
Selain daripada itu, anda digalakkan untuk mengelakkan untuk melakukan hubungan seksual buat 28 hingga 30 hari setelah gejala hilang atau reda. Tetapi anda boleh menggunakan cara lain selain melakukan sentuhan fizikal.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini