
Sulit
4 tahun
Pesakit Dialisis yg menghadapi masalah sakit belakang dan lemah serta kurang bertenaga
Suami saya menjalani rawatan dialisis masuk tahun ke3. Pada tahun 2019, dia pernah menjalani rawatan bekam utk membuang darah kotor, kerana selalu lemah serta kurang selera makan. Selepas berbekam dia rasa semakin sihat dan berselera semula. Baru2 ini dia mengadu badannya kembali lemah, kurang bertenaga dan sakit belakang badan. Boleh kah dia berbekam untuk kali kedua doktor…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ia juga boleh menandakan kelainan tubuh seperti:
- gangguan muskoloskeletal
- gangguan endokrin / metabolik
- penyakit lain yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Buat sementara waktu, kami nasihatkan suami anda untuk:
- mendapatkan rehat dan tidur secukupnya
- jauhi faktor-faktor yang boleh memicu stres atau tekanan
- meneruskan gaya hidup sihat (i.e. bersenam, diet, dll.)
- mengambil waktu rehat setelah selesai melakukan beberapa tugas
- memastikan diri bearda pada posisi yang betul apabila berkerja, duduk, baring & tidur
Dan tiada halangan untuk pesakit dialisis melakukan proses berbekam.
Dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejaal seperti:
- mual / muntah
- pening / sakit kepala
- pitam / tidak sedarkan diri
- hilang selera makan atau penurunan berat badan yang mendadak
- gejala berterusan, bertambah sering atau semakin berat
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan suami anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar suami anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.