
Sulit
4 tahun
Pesakit endometriosis dan drah tinggi
hai, saya berumur 30 tahun dan seorang pesakit endometriosis. saya sedang menjalani treatment pil hormon vissane = dienogest selama 6 bulan. dalam tempo tersebut, saya telah di diagnosed dan didapati mengalami tekanan darah tinggi 153/100 dan doktor telah bagi saya ubat amplodipine. soalan saya disini, akan ada apa apa interaction ke sekiranya saya makan pil hormone beserta pil darah tinggi tersebut kerana saya baru pertama kali ambil pil darah tinggi tersebut. saya takut kalau pil dienogest dan amplodipine tu akan mengakibatkan sebarang simptom yang saya tidak selesa. tq

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu interaksi ubat darah tinggi dengan pil hormon vissane. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Amlodipine biasanya digunakan untuk merawat masalah:
Penyakit darah tinggi
Sakit dada atau “angina”
Ubat Amlodipine ini boleh memberikan kesan-kesan sampinganBengkak pada buku lali
Pening kepala
Lesu
Sakit pada bahagian perut
Umumnya, ubat darah tinggi pihak anda ambil dengan pil hormon Vissane tidak mempunyai sebarang interaksi.
Namun begitu, sila berhubung dengan pihak kami di link ini (DoctorOnCall EPharma) secara peribadi melalui atas talian supaya nasihat yang lebih tepat mampu kami berikan berdasarkan maklumat yang lebih banyak kami terima. Terima kasih