saifulshahreel
3 tahun
Pesakit endometriosis dan menandung
Sy wanita dalam 40an… mengidap endimetriosis stage 3 + endotrioma… soalan sy bolehkah sy mengandung lg dan apakah risikonya
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada kami.
Melalui keterangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa rawatan bagi seorang pesakit endometriosis tahap 3 untuk mengandung. Antaranya ialah:
- pembedahan untuk membuang tisu-tisu parut
- persenyawaan in vitro (IVF)
Namun ini adalah keterangan am tentang isu ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan langkah dan kesimpulan lebih lanjut dalam hal ini. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.