Sulit
4 tahun
Pesakit hiv boleh ambil vaksin covid 19?
Saya seorang pesakit hiv. Bolehkah saya mengambil vaksin covid-19?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda merupakan pesakit hiv dan ingin mengetahui jikalau vaksin Covid -19 selamat untuk anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,vaksin ini selamat digunakan
Vaksin ini akan memberikan faedah yang sama untuk anda seperti orang lain.
Anda seharusnya mengambil ubatan Anti retroviral anda mengikut dos dan tidak menghentikannya kerana vaksin Covid -19.
Anda perlu mengikut dengan prihatin sop yang tertera seperti memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan tangan dengan baik walaupun sudah mengambil vaksin.
Anda perlu mengambil pengiktirafan doktor di Klinik kesihatan atau hospital terdekat dan membawa surat penilaian pra vaksinasi bersama semasa mengambil vaksin Covid-19.
Untuk nasihat selanjutnya anda juga boleh bercakap dengan doktor atas talian.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























