
Sulit
4 tahun
Pesakit Kanser payudara
Berkenaan suplement Hemohim dr Korea, blh kah pesakit kanser mnum / mkn suplement itu sbb ada org ckp dia baik untuk pesaki kanser

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sehingga kini belum ada kajian saintifik yang menyatakan pengambilan supplemen jenis ini mampu merawat kanser payudara. Anda disarankan untuk merujuk kembali kepada doktor yang merawat anda. Dikhuatiri, pengambilan supplemen ini akan mendatangkan kesan ataupun komplikasi lain
Selain itu, mengambil suplemen secara berlebihan boleh mendatangkan mudarat dan kesan sampingan. Isi kandungan yang terdapat pada label botol suplemen boleh diragui. Anda perlu merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia agar tidak tertipu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih