
Sulit
5 tahun
Pesakit kegagalan buah pinggang
Sejak akhir2 ini,kedua dua rahang saya rasa tak selesa,rasa berat…terkadang sakit kepala…dan batuk yg beterusan agak lama…baru2 ni bila batuk sampai termutah serta bahu kiri terasa lenguh…
Selain daripada itu…bila batuk terasa dada macam sempit.Pernah jumpa dokter,jwpn nya tiada apa…dan hnya di beri ubat biasa saja.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Angina Pectoris (sakit jantung yang kerana sebahagian saluran darah disumbat)
- Serangan jantung (dada rasa sempit, lenguh menyebar ke bahu, tangan, rahang di sebelah kiri)
- Kegagalan jantung
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Gangguan emosi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.