
jp.nurfarhana
4 tahun
Pesakit kencing manis, jantung degup laju
Suami Saya 39 tahun, pesakit kencing manis dan perlukan suntikan insulin & mkn ubat. Namun selalu lupa nk ambil ubat, petang ni dia ngadu degupan jantung sgt laju. Dia rasa nk pitam dan ngadu nampak bintang-bintang & sebelah mata rasa seperti nak juling

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan & suami. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Gejala yang suami puan alami boleh disebabkan oleh
- komplikasi kencing manis
- gangguan hormon tubuh
- tanda-tanda sindrom metabolik
- atau gejala lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Anda disarankan untuk segera ke klinik atau hospital yang terdekat sekiranya suami puan mengalami
- sakit atau pening kepala
- pitam/pengsan
- mual & muntah
- sawan
Tambahan lagi, saya berharap agar puan dan suami dapat mencari solusi dalam meningkatkan lagi kebolehan untuk senantiasa peka terhadap waktu pengambilan ubat pihak suami di masa akan datang. Antara cadangan umum yang dapat diketengahkan termasuk:
- membuat peta atau jadual fizikal sesuai jadual pengubatan yang telah diberikan doktor
- menggunakan ‘alarm system’ dari telefon pintar untuk mengingatkan anda sekeluarga
- sentiasa mengingatkan antara satu sama lain
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah puan sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar suami puan mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Tambahan lagi, puan juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.