
Sulit
5 tahun
Petanda Kehamilan selain dari missed period
Saya merasakan sakit pada Puting payudara sejak 4hari nie. Juga rasa panas bahagian payudara serta rasa sakit berdenyut2. adakah ini boleh jadi petanda kehamilan? Tetapi ujian kehamilan tidak Menunjukkan positif. Ianya hanya garis positif Yang sangat halus samar2, saya rasa tidak semua org dapat melihatnya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tanda kehamilan adalah:
- lewat haid
- mual/loya
- selera makan meningkat
- sakit pada payudara
Anda disarankan untuk menjalankan ujian kehamilan selewat-lewatnya seminggu atau 2 minggu lewat haid. Selain itu, jalankan pada waktu pagi untuk keputusan yang lebih berkesan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.