
Sulit
4 tahun
Petang dok adakah neuropati periferi memberi kesan kpd pencernaan
Dok adakah neuropati periferi dapat membuatkan lambung kita gastrik hingga ulser sbb saya dah lama rasa nyeri perut selama 3 bulan lebih sebelum Ramadhan Mohon penjelasan dokter TERIMA KASIH

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah neuropeti periferal tidak berkaitan dengan masalah GERD atau pedih ulu hati. Pedih ulu hati ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Angin pasang “hiatus”/”hiatus hernia”:
- Kondisi berlaku di mana simpang antara perut dan esofagus berada di dalam ruang dada. Apabila ini terjadi, otot di simpang tersebut yang mencegah makanan naik atas semula dari perut menjadi lemah.
Berat badan berlebihan:
- Pengeluaran asid perut berlebihan
Sindrom Zollinger-Ellison:
- Sejenis tumor yang mengeluarkan hormon gastrin yang berfungsi mengeluarkan asid perut.
- Merokok
- Alkohol
- Hamil
- Ubat yang menyebabkan pergerakan usus perlahan
- Penyakit lain seperti “scleroderma”
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Buat masa sekarang, saya sarankan untuk anda:
- Makan mengikut jadual
- Elakkan makan yang boleh menyebabkan sakit perut sekiranya ada seperti makanan pedas
- Pastikan berat badan yang ideal
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.