
fiziemijie
5 tahun
Pil Gugur kandungan di Farmasi
Bagaimana nak gugurkan kandungan berusia bawah 70 hari dengan selamat. Dan saya perlukan bimbingan bagi mengelakkan komplikasi yang tidak sepatutnya. Saya dapat mengetahui mengenai pil Gugur kandungan ada dijual di farmasi. Jadi saya perlukan panduan untuk portion yang perlu diambil bagi mengugurkan kandungan berusia bawah 70 hari. Saya takut untuk mengandung dan belum bersedia lagi. Saya mengalami tekanan yang teruk bila asyik memikirkannya. Sampai saya rasa bunuh diri adalah jalan yang terbaik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.