
Sulit
4 tahun
Pil kontraseptif kecemasan (pil ella) dan sperma di luar vagina
Saya seorang lelaki yg sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya telah melakukan hubungan intim tanpa perlindungan dengan isteri saya dan saya dapati air mani saya yg berada di atas perutnya meleleh sehingga ke permukaan faraj tetapi tidak memasukinya. Saya menyuruhnya untuk mengambil pil ella walaupun sudah 4 hari berlalu. Adakah isteri saya masih boleh mengandung walaupun saya tidak pancut didalam sebaliknya hanya berdekatan faraj, dan adakah pil ella itu masih berkesan selepas hari ke 3 iaitu hari ke-4

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual akan mempunyai potensi kehamilan apabila sperma dari air mani memasuki vagina dan seterusnya ke sistem peranakan wanita. Ia akan menyebabkan pembuahan sel dan boleh menyebabkan seorang wanita itu mengandung. Namun, hal ini boleh dikawal dan dirancang dengan pelbagai kaedah perancangan keluarga, salah satunya adalah pengambilan pil perancang kecemasan.
Pil yang anda nyatakan adalah kontraseptif atau pil perancang kehamilan kecemasan sahaja. Pil ini tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa pil ini akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Ambil satu tablet secepat mungkin selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (kondom dll). Lebih awal anda mengambilnya, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya sebaik sahaja selepas bersetubuh. Isteri anda akan tahu ia telah berkesan apabila mendapat haid seterusnya dan haid kelihatan normal.
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih