
Sulit
4 tahun
Pil lerancang cerazettte
Hai doktor. Saya mengamalkan pil perancang cerazette dari selepas bersalin sehingga sekarang anak 6 bulan. Soalan saya, jika anak saya dah mula makan dan juga minum susu formula serta masih breastfeeding, perlu ke saya tukar pil perancang yang lain? Jika perlu, pil perancang apa yang sesuai?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika anda tidak mengalami sebarang masalah atau kesan sampingan daripada pil tersebut, anda boleh meneruskannya. Namun, jika anda merasakan terdapat kesan sampingan dan agak sukar untuk mengambil pil setiap hari terdapat perancang keluarga tempoh panjang seperti suntikan depo setiap 2 bulan, implanon setiap 3 tahun, meletakkan instrumen pada rahim bertahan selama 3/5 tahun.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.