Sulit
3 tahun
Pil melekat di kerongkong
Selepas Saya menelan pil antibiotic, Saya rasa seperti pil itu melekat Di kerongkong Dan tidak mengalir bersama air yang Saya minum beberapa kali.
Bagaimana cara untuk Mengatasi masalah ini? Saya berasa tidak selesa Di tekak Dan kerongkong seperti ada benda yang melekat.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Esofagus tersekat - akibat saluran esafagus (kerongkong) mengecil
- Ketumbuhan dalam esofagus
- Radang tonsil
- Kekejangan esofagus
- Beguk - kalenjar tiroid membengkak
- Nod limfa membengkak - akibat jangkitan atau ketumbuhan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.