
Anonymous
6 tahun
Pil norcutin cara makan
Hello doc
Boleh tak berikan sedikit penerangan mengenai pil norcutin , saya ingat mengambilnya . Oleh itu saya mendapat cara makan nya adalah 3 kali sehari . Boleh saya tahu mmg wajib makan 3 biji sehari atau 2 biji sehari selama 5 hari ? Mmg akan datang haid selepas 2-3 hari lepas selesai makan ke doc ?
Adakah akan effect hormon saya untuk period menjadi lambat untuk bulan hadapan?

6 tahun
Hai, salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pil norcutin tablet adalah sejenis pil yang biasanya digunakan untuk tujuan merawat haid tidak teratur, haid sakit atau haid yang banyak. Ia juga boleh digunakan sebagai pil perancang kehamilan.
Untuk menjawab soalan anda, maklumat lanjut perlu diketahui tentang tujuan pengambilan, sebarang masalah haid, kitaran haid normal anda dan beberapa maklumat lain.
Biasanya pil ini diambil sebanyak 2 atau 3 biji sehari. Kesan pengambilan pil ini adalah berbeza bagi setiap wanita yang mengambilnya.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan lanjut agar persoalan anda boleh dijawab dengan tepat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk rundingan secara atas talian. Terima kasih.