
Anonymous
5 tahun
Pil pencegah kehamilan
Saya telah melakukan hubungan seks pagi tadi , jadi untuk mencegahnua Bolehkah saya makan 2 biji pil postinor sekaligus, sebab ahli farmasi itu menyuruh cara begini, selepas saya membaca di sini, ia perlu diambil satu tablet untuk 72 jam pertama dan satu tablet untuk12 jam seterusnya, jadi bolehkah saya makan 2 tablet terus selapas 24 jam melakukan hubungan seks

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Pil pertama diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Pil kedua diambil 12 jam setelah pil pertama diambil.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.