
Norazmila87
5 tahun
Pil perancang da habis tapi belum period
Saya da habis makan ubt tu… Sekarang masih belum period… Hari ke 3 da ni… Belum ade lg… Kenapa ye doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tempoh berehat selepas pengambilan pil perancang adalah selama 7 hari. Sekiranya dalam tujuh hari tiada haid lagi, anda boleh menyambung pil perancang seperti biasa sekiranya ingin mengelakkan kehamilan. Namun begitu, anda perlu diingatkan bahawa haid yang seterusnya berkemungkinan sedikit bayak atau panjang dari kebiasaan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.