Sulit
6 tahun
Pil perancang dan haid berpanjangan
Saya mengambil pil perancang utk melambatkan period kerana akan mengerjakan ibadah umrah. Saya makan pil pertama pada hari pertama period. Masalah saya, period saya tidak berhenti sehingga hari ke 21. Bagaimana ye Doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil tersebut memberi pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
- loya dan muntah
- perut berangin
- sakit kepala
- emosi tidak stabil
- mengganggu kitaran haid seperti haid lewat, haid berpanjangan, haid berlebihan
Anda sedang mengalami kesan sampingan pil tersebut. Kebiasannya haid anda akan berhenti, dan menurut hukum islam, jika haid anda berterusan melebihi 14 hari, ia dikira istihadah dan anda boleh menunaikan ibadah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































